Monday 13 August 2012

Atasi Kesedihan diri seadanya,,,:))



Haiii!!! Untuk kali ini ,,,saya nk mencoretkan motivasi diri bagi meningkatkan keyakinan diri akibat kesedihan dan penderitaan yang telah berlaku pada masa lalu. Hasil coretan motivasi ini juga telah dipetik dari buku berjudul  DON’T BE SAD  yang mana telah ditulis oleh Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni dan diolah mengikut citarasa penulis,hehehe,,,,,



Anda pernah bersedih,??? Terluka,?? Kecewa,??? Rasa benci dalam diri, Rasa bodoh,,??? Urmmm….. cuba igat btol2,,, pasti ada kn,,,,, tp bagaimana anda menghadapi situasi yang penuh dengan kekeliruan dan sukar ini??? Hahaha,,J. Tentu banyak cara dan penyelesaiannnya  yang tersendiri kn….. kehidupan kita memang tidak akan lari dari pelbagai2  masalah,,,, so terpulang pada kita untuk menyelesaikannya ataupun tidak hukhuk,,,,,.


 


H. I.D.U.P,,,,,,,!!!!??????     
Pernah kah kita terfikir pasal hidup??? Sungguh luas pengertian dan maksudnya yang tersirat, seperti mana yang kita ketahui, kehidupan ini perlu diteruskan walaupun apa jua yang berlaku, jangan kita terlalu sedih  dan berdukacita terhadap perkara yang telah berlaku ke atas kita. Kuatkan diri kita dan  tabahlah  diri dalam menuju hari-hari mendatang dengan penuh kesabaran, kegumbiraan dan ketenangan…..

Semangat dan azam untuk hidup
hari ini tanpa kesedihan,
tanpa keresahan, tanpa kemarahan,
tanpa kedengkian dan tanpa kebencian. ^_^



 Urmmmm,,,, bersedih :’(  pada kenangan masa yang lalu adalah sesuatu yang bodoh dan tolol kn ;) ,,,Cuba kita fikirkan betol2,,,,   perlukah kita bersedih mengingati perkara yang lalu?? INGAT,,,,, jika kita boleh kembali pada masa yang lalu adalah seperti  mana kita  boleh  kembalikan sungai pada sumbernya, memulangkan matahari pada sumber terbitnya, mengembalikan anak dalam rahim ibu, ataupun mengembalikan  air mata ke dalam mata kita balik!!!! Adakah itu boleh kita lakukan?????.  Itu adalah mustahil,,,, dan ianya tak mungkin akan berlaku dangan akal fikiran kita,,,, 



Kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang waras, tidak perlu memandang dan menangisi mengingati masa lampau. Kita hendaklah terus memandang ke depan tanpa menoleh kebelakangkan lagi,,,  walau apa jua yang berlaku, ingatlah bahawasanya angin selalu menghembus ke depan, air mengalir pun kedepan dan kita juga menuju ke depan,,,, Ianya akan terus ke depan  walau apa rintangan dan cabaran yang berlaku.

Dalam menghadapi rintangan dan cabaran hidup ini, beberapa langkah perlu kita ambil perhatian bagi menghilangkan kedukaan untuk menuju kebahgian hidup . Antaranya adalah kita perlulah melupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang diberikan pada masa lalu membuatkan kita alpa dan lalai dibuai kebodohan dan kegilaan. Selain itu juga kita hendaklah jangan mudah terasa dengan kritikan, dan jadilah orang yang berpendirian teguh dan sedarlah bahawa kritikan akan mengangkat harga diri anda. Kita juga sebagai orang islam haruslah beriman kepada Allah dan beramal soleh yang mana ianya akan menuju kepada kehidupan yang lebih baik dan bahagia. Ingatlah kemungkinan apa  yang berlaku ada kebaikan yang tertentu untuk diri kita dan akhir sekali kita Jangan marah, jangan marah dan jangan marah terhadap apa yang berlaku,, bersabarlah dalam apa jua keadaan,,,,,.fuhhhh!!! #_#,




Maka renung-renungkanlah terhadap hakikat kehidupan kita di dunia ini. ­

“Sememangnya hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi lagi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya.”

MORal of the story:
jalanilah kehidupan kita dengan apa yang adanya dengan kerelaan dan kesenangan hati kite,,,:)